Wednesday, December 9, 2009

Tok dan Guruh


  1. Guruh sudah berdentam - dentum..
  2. Apakah hujan akan turun?
  3. Rilek tok..jgn cepat melatah...

* tahniah imah, bugee..atas anugerah itu.

Thursday, December 3, 2009

Tok dan Sebuah Senyuman


  1. Di mana pun berada, ambe hanya mampu tersenyum..
  2. Simpanlah sekemasnya, usah biarkan terburai..
  3. Hanya dua perkataan yg mampu..."tok, bersabarlah!"

Wednesday, December 2, 2009

Tok dan Hujan


  1. Hujan di mana - mana..
  2. Gelap cuaca adakah semendung hatiku?
  3. Sejuk dingin hari ini apakah sekelam lorong kehidupanku?
  4. Usah berkira tok..bukankah Dia telah memberimu banyak nikmat?

Monday, November 23, 2009

Tok dan Sebuah Basikal

  1. Misi baru..turunkan berat badan..?
  2. Nampaknya berfungsi sbg tempat sangkut tuala..
  3. Kata Ashie..."aku dah agak dah.."

Thursday, November 19, 2009

Tok dan Sekeping Biskut


  1. Ada sorang kawan lama, tok lupa nama..
  2. Umpamakan masalah spt sekeping biskut..
  3. Masalah A bermula drp kita cicah biskut dlm secawan kopi..
  4. Hinggalah habis sekeping dimakan..
  5. Dan begitulah kehidupan..

Tuesday, November 10, 2009

Tok dan Sebuah Kehilangan


  1. Munir, Cik Na...selamat berpindah ke tempat baru.
  2. Sedihnya ambe..tapi apakan daya..
  3. Pertemuan dan perpisahan adat dunia..huk huk huk..

Friday, November 6, 2009

Tok dan Tengkujuh

  1. Berdiri di jendela tingkat 10 Hotel Grand Continental Kuala Trg, terasa syahdu semacam..
  2. Melihat hujan yg merembas turun membelah Laut China Selatan, hati tiba2 dihimpit sayu..
  3. Kesiannya sang nelayan..siapa tahu derita hatimu..?


Tuesday, October 20, 2009

Tok dan Sebuah Perjalanan


  1. apa saja yg betul dan berada pada landasan-Nya, teruskanlah tok..
  2. sucikanlah hati juga...kerana yg memberi penilaian hanyalah Dia..
  3. dan semoga...
  4. ...
  5. ...
  6. di akhir cerita tok,
  7. ianya berkesudahan baik...

Wednesday, October 14, 2009

Tok dan Ketuhanan


  1. Apa saja yg kita lakukan, jgn lari dari landasan-Nya..
  2. Tak cukup dgn hanya 5 kali solat & 2 helaian Al-Quran yg dibaca..
  3. Usah sibuk runsingkan dunia, itu tak beres, ini tak siap..
  4. Fikirkan juga tempat ABADI yg tidak ada sesiapa dpt menolong kita..

Monday, October 12, 2009

Tok dan Membina Hati Bahagia




  1. Setelah lebih suku abad berkarat, berkulat..
  2. Adakalanya runsing, cemas, tidak gembira..
  3. Payahnya mendidik hati..
  4. Dan sukarnya menjadi manusia yg redha..

Saturday, October 10, 2009

Tok dan Sebuah Harapan II


Moga2 tok akan..

  1. sentiasa berfikiran positif & tak mudah putus asa..
  2. berubah ke arah yg lebih baik..
  3. meminimakan dosa.

Thursday, October 8, 2009

Tok dan Lagi2 Ucapan Hari Lahir!

geng..nape ambe letak gambo tomyam?


8 Oktober 2009..

  1. Untuk buah yang telah tanggal dari hatinya..
  2. Selamat hari lahir..
  3. Dan semoga berbahagia selalu..

Wednesday, October 7, 2009

Tok dan Perihal Buah


  1. Jangan pisang berbuah 2 kali..
  2. Buah cempedak di luar pagar..
  3. Ibarat menunggu buah yang tak gugur.
  4. Ada lagi?

Monday, October 5, 2009

Tok dan Selamat Hari Lahir, Munir!


  1. Semoga impian menjadi warga AMBS akan ditakdirkan Allah..
  2. Dan harap2 tok dapat simpan 500 rial untuk beli microwave..
  3. Kalau x, ambe beli gelas rege 10 hengget jer..

Sunday, October 4, 2009

Tok dan Kucing vs AMBS


  1. Ada sorang kawan tok..
  2. Dia ni spesies yg x berapa bahagia tinggal kat AMBS.
  3. Komen dia...kedai mkn penuh ngan kucing dan bahan buangan kucing.
  4. Komen tok...xpelah..janji ambe suka.
  5. Ashie, Munir, Bugee, Sarah, Imah..mung agak2 sape yg cakap?

* nama dia kat hp tok..ambe rename sbg KUCING.

Wednesday, September 30, 2009

Tok dan Sebuah Harapan


  1. Ada satu hasrat yg belum kesampaian..
  2. Ada satu keinginan yg terpendam..
  3. Semoga mimpi ini akan menjadi kenyataan...amin.


Tuesday, September 29, 2009

Tok dan Ucapan Hari Lahir


  1. Untuk sahabat dari masa lampau, Laili Masturah yg kini berada di Maran, Pahang, semoga dirimu tabah dalam menghadapi ujian-Nya.
  2. Untuk teman baik dari group Girls Generation, Sarah Hatisha yg kini berada di Sg Petani, Kedah, semoga time makan kat Lee Boss akan teringat ambe di sini.
  3. Last sekali, untuk teman blogger kita, Cik Hurul yg kini berada nun jauh di Kuching, Sarawak, diharap agar persahabatan kita berpanjangan..tok dah tengok foto deme kat facebook..heheh.

Monday, September 28, 2009

Tok dan Sebuah Kesedihan 2


  1. Sedih pertama..laptop rosak.
  2. Sedih kedua...3 hari tak hilang lagi sakit dada., sesak nafas.
  3. Sedih kedua melibatkan keputusan antara hidup n mati, jalan yg betul n salah..
  4. Apalah daya tok..

Sunday, September 27, 2009

Tok dan Sebuah Kesedihan


  1. Aduyai..laptop rosak kena hentam di cucu..
  2. Munir kata.."sedih laptop rosak cam mati laki ker?"
  3. Tok jawab.."mati laki ambe xdok pengalaman, putus kasih ada arr.."

Monday, September 21, 2009

Tok dan Ucapan Hari Raya


  1. Sempena hari penuh kemuliaan ini, tok ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun atas segala keterlanjuran bahasa..
  2. Maaf juga kerana tidak sempat singgah di blog kawan2..
  3. Semoga Aidilfitri kali ini memberi makna kepada kita semua..
  4. Dan semoga hidup lebih diberkati..amin.

Sunday, September 13, 2009

Tok dan Pengurusan Wang 2


  1. Petang semalam, menunggu berbuka, tertengok Bijak Wang kat TV3.
  2. Ada sorang akak tu uruskan perbelanjaan guna sistem sampul.
  3. Maksudnya, setiap benda / perkara yg nak dibeli / bayar, dia gunakan sampul surat.
  4. Contohnya, sampul 1 - belanja dapur, sampul 2 - bil, sampul 3 - ansuran keta, sampul 4 - roadtax..
  5. Dan yg mengagumkan, rumahnya yg tersergam indah tu tidak menggunakan satu sen pun pinjaman bank / kerajaan.., semuanya pakai sampul nih.
  6. Tok pung terfikir gak..eloklah mencuba kan?

Saturday, September 12, 2009

Tok dan Mencari Malam Lailatul Qadar


  1. Setiap tahun, impian tak pernah berubah..
  2. Semoga dapat beribadat sepenuhnya di malam penuh keberkatan itu..
  3. Tapi malangnya, janji hanya tinggal janji..
  4. Amalan tok seperti tahun2 lepas..penuh mengecewakan.
  5. Lalu..dengan sisa2 ramadan yang tinggal ini, dapatkah tok mencarinya?

Saturday, September 5, 2009

Tok dan Persiapan Raya 1

ermm...duit raya? belum tukar lg..



makanan pagi raya..belum tempah.


biskut raya 2, 3 jenis..


kerepek pung 2, 3 jenis gak..



kek lapis sarawak..yum..yum




ketupat ngan sambal ikan di dalam..

ada lagi ker yang tertinggal?





Friday, September 4, 2009

Tok dan Masjid Sultan Mahmud, AMBS


  1. Ada 1 ceta lawak..
  2. Tengah2 rekaat kedua Isyak, ada sorang member tok terfikir2..
  3. Suara imam muda ni lemak merdu cam suara sape ekk..?
  4. Aduyai..suara Mawi arr...memang sebijik suara dia.
  5. Sempat lagi tu..


Wednesday, September 2, 2009

Tok dan Schedule Hari Ini


  1. Masuk kelas macam biasa..9.30 - 11.00, 12.45 - 1.15 n 1.30 - 3.00.
  2. Masa senggang, tolong saing2 rodong isi tukar online.
  3. Ashie aka dude..kalau tak memikirkan Khamis ada taklimat pengawas n Jumaat ada 4 jam xtra class, mau ambe amik cuti esok n terbang ke KL.
  4. Ambe pung suka gak kat Ji Hoo sunbae..bukannya si Shee sorang jer..:p

Tuesday, September 1, 2009

Tok dan Biskut Raya


  1. Di mana tok boleh beli biskut dam dan kuih bangkit ni?
  2. Sebabnya, di Dungun ni xde orang jual..
  3. Sebab yg keduanya, tok mengidam sangat2...


Monday, August 31, 2009

Tok dan Bunga Kebangsaan Malaysia


  1. Ada satu impian tok..
  2. Jadikan spesis bunga raya sbg koleksi hari2 tua tok...
  3. Setakat ni baru ada 11 jenis..mana nak cari ekk?
  4. Ashie..ambe ajok mung gi Cameron, mung xmboh gi...huhu.













Sunday, August 30, 2009

Tok dan Kenangan 30 / 31 Ogos 2005


  1. 30 Ogos 2005 - Selasa..hari kemuncak sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah..selaku penyelaras program, aku rasa penat gileer.
  2. Memandangkan hari Rabu cuti merdeka, aku bercadang nak balik pd petang Selasa tuh kerana seminggu dua ni, ayah aku kurang sihat.
  3. Namun hajat nak balik dibatalkan pada saat2 akhir.
  4. Dan pada pagi 31 Ogos tu, dalam pukul 3 lebih, kakak ipar telefon dan beritahu ayah dah xde..
  5. Aku x dpt menafsir perasaan aku pada masa itu..
  6. Tetapi, selepas seminggu ayah tiada, aku merasa kekosongan yg amat sangat..
  7. Inilah kenanganku di sebalik kegembiraan kita menyambut kemerdekaan..
  8. Selamat Ulangtahun Kemerdekaan kali ke 52..

Saturday, August 29, 2009

Tok dan Yipee..yipeee....yipeeeeee!

  1. Tengah hari tadi, sesampai jer di AMBS dan selepas on internet, tok melompat2 mcm sedara yg kat atas ni..
  2. Sebabnya, beruk band tok yg di bawah ini, linenya telah diupgrade kpd 3G..
  3. Barulah sesuai ngan trademark celcom..berbaloi2 tuh..
  4. Dah ada 3G, kepala mula arr menerawang macam2..my soju, viikii.net..perggh..ceta2 korea kembali jd misi tok..heheh


Friday, August 28, 2009

Tok dan Popia Basah & Air Katira?

popia goreng rasa camboh ( taugeh ) jer..huhu
  1. Jengah blok si tedd, terliur tengok popia basah dan air katira.
  2. Manalah nak cari kat Dungun ni, alih2 cari popia goreng..
  3. Air katira tukar jd air tebu..
nasib baik air tebu manis dan bersari..



Thursday, August 27, 2009

Tok dan Persiapan Raya 1

hok ambe..evergreen punya..
  1. Sesape yg suke kek lapis sarawak dan nak order utk raya, boleh gi kat blog cik hurul ni. Didatangkan khas dr Sarawak..heheh
  2. Lagi satu, sape suke kek kukus masam manis, boleh link kat blog pn fiza nih.
  3. Yg lapis utk raya, yg kukus, utk mkn masa berbuka..:p
yg ambe juga..kek kukus hawflakes..



Tok dan Kenangan Dengan Pintu..


  1. Teruja baca entri si nakamura senpai.
  2. Pintu pertama tok telah tertutup serapat2nya..
  3. Pintu kedua? Dek kerana terkenang2 pintu pertama, pintu kedua seolah tidak memberi makna...
  4. Pintu ketiga? Tak tau wujud ataupun tidak....heheh.

Wednesday, August 26, 2009

Tok dan Awal Ashaari II


  1. Petang semalam tertengok ulangan Jangan Lupa Lirik.
  2. Artis jemputannya ialah adik angkat Ashie , si Awal ni.
  3. Rupa2nya selain drp ada rupa, boleh tahan gak suara dia..
  4. Buleh arr lepas ni buat album..heheh

Tuesday, August 25, 2009

Tok dan Puding Susu Berjagung



Bahan-bahan:

1 paket serbuk agar-agar (11 gm)

2 biji telur

4 cawan air

1/2 tin susu cair

1 cawan gula pasir

2 - 3 sudu besar tepung kastad

1 tin jagung cream


Cara-cara:

  1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
  2. Sementara itu, pukul telur dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan.
  3. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan campuran telur dan tepung kastad.
  5. Masukkan jagung dan kacau sebentar.
  6. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
  7. Sejukkan dan hidang.

* kalau rajin, ada arr puding ni atas meja karang..resepi dr blog taman-syurga-abadi. Thanks.

Monday, August 24, 2009

Tok dan Siri Bercakap / Berkelahi Dengan Jin / Syaitan


  1. Di mana ambe boleh mendapatkan buku2 karya Tamar Jalis dan Tok Awang Ngah ini?
  2. Sebabnya, koleksi ambe dulu dah hilang entah ke mana.
  3. Sebab yg lainnya, ambe suke sgt baca siri2 ni.






Sunday, August 23, 2009

Tok dan Ashie/Dude/Nita/Mokde


  1. Selamat hari lahir..
  2. Semoga hidup lebih diberkati..
  3. Dan semoga persahabatan kita kekal selamanya..

Saturday, August 22, 2009

Tok dan Cerita Di Pasar Dungun


  1. Apa saja yg dijual time pose2 gini, semuanya nampak sedap dan menyelerakan.
  2. Nak membeli daging, kena beratur panjang..macam time raya jer.
  3. Budaya orang kita, time posa kena masak dan makan benda yg spesel2.
  4. Ada orang kata, time puasa kita boleh jimat..ambe rasa tidak..makin boros dan mengikut hawa nafsu ada arr..heheh.

Friday, August 21, 2009

Tok dan Sebuah Keinsafan


  1. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada..
  2. Di saat hidup mudah dan berjalan lancar, ada insan dihimpit derita..
  3. Dan sesungguhnya, peristiwa petang tadi benar2 menyentuh hati tua ambe..
  4. Ya Allah ya Tuhanku...luaskanlah hatiku ini dengan sifat belas kasihan, lorongkanlah ia kepada perkara2 mahmudah..amin..

Wednesday, August 19, 2009

Tok dan Kedatangan Ramadan 1430H


  1. Ramadan muncul lagi.
  2. Persoalannya..adakah amalan ambe lebih baik dr thn lepas?
  3. Berubahlah tok wehh..