Thursday, July 30, 2009

Tok dan Lagi2 Mimpi


  1. Sudah..sudahlah tok..sedarlah diri dan ruang.
  2. Bermimpi boleh...tapi..mimpi yang berpijak di bumi nyata.
  3. Usah lagi dilambung gelombang, nanti kesasar..payah.
  4. Jgn lagi bermain api, nanti terbakar!




Sunday, July 26, 2009

Tok dan Kenangan 22 Julai


  1. 22 Julai 2009..genaplah 3 tahun mak pergi.
  2. Satu kenangan yg cukup syahdu.
  3. Hilang ayah dan mak..hidup spt layang2 terputus tali..

Friday, July 24, 2009

Tok dan Chicken Chop


  1. Sehari dua ni teringin sungguh nk mkn ni + air asam boi.
  2. Kat Mama's Chop & Papa's Grey, x terliur sgt.
  3. Ada 1 tempat nk pegi - Ria Tomyam.
  4. Tp malangnya..mlm td tutup.

Wednesday, July 22, 2009

Tok dan Water Filter


  1. Sindrom baru melanda Malaysia..
  2. Semua rumah perlu ada penapis air seperti pentingnya handset ataupun kad kredit..
  3. Selang sehari, ada arr org dtg ke skolah, promote mcm2 jenama..bio aura, rx water, dr sucida, diamonds, zhulian..dan entah apa2 lg.
  4. Cuma aku jer yg belum beli..

Friday, July 10, 2009

Tok dan Life In A Metro


  1. Ahad lepas, tertengok ceta ni kat ch 108.
  2. Sebuah filem hindi yg begitu realistik, lari dr kisah cinta keliling pokok.
  3. Kisah kehidupan 7 org manusia di kota penuh mencabar, Mumbai.
  4. Segalanya begitu terdesak..demi sesuap nasi, demi hidup yg lebih baik, demi cinta..
  5. Ada yg terpaksa berkorban..dan dikorbankan..


Thursday, July 9, 2009

Tok dan Seri Malaysia, Marang


  1. Minggu ini MINGGU TANPA RILEK..
  2. Ada beberapa kerja in progress - update BMM, datelinenya 15 hb.
  3. La ni bengkel EMIS online di Marang sehingga esok, 10 hb.
  4. Kpd kawan2 alam maya..maaf sbb lama x jengah blog..

Friday, July 3, 2009

Tok dan Novel 2


  1. La ni rajin melayan ceta hantu..baru baca vol 1 hingga 3..vol 4 belum khatam.
  2. Xtau ar betul @ tak..seme koleksi seram dr era penjajahan Jepun 1942 - 1945..tempat2 skrg ni yg dulunya jd medan pancung Jepun.
  3. Dan novel hlovate di bawah ni belum abis2 lg baca..beli ari tuh kat Sungai Petani.

Wednesday, July 1, 2009

Tok dan Roti Canai


  1. Petang td terbukak channel 703.
  2. Ada 1 rancangan jln2 cari mkn from Singapore.
  3. Perkenalkan 1 restoran roti canai n prata India Muslim tersohor kat sana.
  4. Yg memualkan tekak ambe ialah tukang adun n tebar roti tu pakai cincin kat jari kiri.
  5. Sekali adun 1 besen gandum sampai sesuku lengan yg penuh bulu..
  6. Dua2 tangan + cincin sekali tenggelam dlm doh.
  7. Ambe imagine yg bukan2..