Monday, August 31, 2009

Tok dan Bunga Kebangsaan Malaysia


  1. Ada satu impian tok..
  2. Jadikan spesis bunga raya sbg koleksi hari2 tua tok...
  3. Setakat ni baru ada 11 jenis..mana nak cari ekk?
  4. Ashie..ambe ajok mung gi Cameron, mung xmboh gi...huhu.













Sunday, August 30, 2009

Tok dan Kenangan 30 / 31 Ogos 2005


  1. 30 Ogos 2005 - Selasa..hari kemuncak sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah..selaku penyelaras program, aku rasa penat gileer.
  2. Memandangkan hari Rabu cuti merdeka, aku bercadang nak balik pd petang Selasa tuh kerana seminggu dua ni, ayah aku kurang sihat.
  3. Namun hajat nak balik dibatalkan pada saat2 akhir.
  4. Dan pada pagi 31 Ogos tu, dalam pukul 3 lebih, kakak ipar telefon dan beritahu ayah dah xde..
  5. Aku x dpt menafsir perasaan aku pada masa itu..
  6. Tetapi, selepas seminggu ayah tiada, aku merasa kekosongan yg amat sangat..
  7. Inilah kenanganku di sebalik kegembiraan kita menyambut kemerdekaan..
  8. Selamat Ulangtahun Kemerdekaan kali ke 52..

Saturday, August 29, 2009

Tok dan Yipee..yipeee....yipeeeeee!

  1. Tengah hari tadi, sesampai jer di AMBS dan selepas on internet, tok melompat2 mcm sedara yg kat atas ni..
  2. Sebabnya, beruk band tok yg di bawah ini, linenya telah diupgrade kpd 3G..
  3. Barulah sesuai ngan trademark celcom..berbaloi2 tuh..
  4. Dah ada 3G, kepala mula arr menerawang macam2..my soju, viikii.net..perggh..ceta2 korea kembali jd misi tok..heheh


Friday, August 28, 2009

Tok dan Popia Basah & Air Katira?

popia goreng rasa camboh ( taugeh ) jer..huhu
  1. Jengah blok si tedd, terliur tengok popia basah dan air katira.
  2. Manalah nak cari kat Dungun ni, alih2 cari popia goreng..
  3. Air katira tukar jd air tebu..
nasib baik air tebu manis dan bersari..



Thursday, August 27, 2009

Tok dan Persiapan Raya 1

hok ambe..evergreen punya..
  1. Sesape yg suke kek lapis sarawak dan nak order utk raya, boleh gi kat blog cik hurul ni. Didatangkan khas dr Sarawak..heheh
  2. Lagi satu, sape suke kek kukus masam manis, boleh link kat blog pn fiza nih.
  3. Yg lapis utk raya, yg kukus, utk mkn masa berbuka..:p
yg ambe juga..kek kukus hawflakes..



Tok dan Kenangan Dengan Pintu..


  1. Teruja baca entri si nakamura senpai.
  2. Pintu pertama tok telah tertutup serapat2nya..
  3. Pintu kedua? Dek kerana terkenang2 pintu pertama, pintu kedua seolah tidak memberi makna...
  4. Pintu ketiga? Tak tau wujud ataupun tidak....heheh.

Wednesday, August 26, 2009

Tok dan Awal Ashaari II


  1. Petang semalam tertengok ulangan Jangan Lupa Lirik.
  2. Artis jemputannya ialah adik angkat Ashie , si Awal ni.
  3. Rupa2nya selain drp ada rupa, boleh tahan gak suara dia..
  4. Buleh arr lepas ni buat album..heheh

Tuesday, August 25, 2009

Tok dan Puding Susu Berjagung



Bahan-bahan:

1 paket serbuk agar-agar (11 gm)

2 biji telur

4 cawan air

1/2 tin susu cair

1 cawan gula pasir

2 - 3 sudu besar tepung kastad

1 tin jagung cream


Cara-cara:

  1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
  2. Sementara itu, pukul telur dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan.
  3. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan campuran telur dan tepung kastad.
  5. Masukkan jagung dan kacau sebentar.
  6. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
  7. Sejukkan dan hidang.

* kalau rajin, ada arr puding ni atas meja karang..resepi dr blog taman-syurga-abadi. Thanks.

Monday, August 24, 2009

Tok dan Siri Bercakap / Berkelahi Dengan Jin / Syaitan


  1. Di mana ambe boleh mendapatkan buku2 karya Tamar Jalis dan Tok Awang Ngah ini?
  2. Sebabnya, koleksi ambe dulu dah hilang entah ke mana.
  3. Sebab yg lainnya, ambe suke sgt baca siri2 ni.






Sunday, August 23, 2009

Tok dan Ashie/Dude/Nita/Mokde


  1. Selamat hari lahir..
  2. Semoga hidup lebih diberkati..
  3. Dan semoga persahabatan kita kekal selamanya..

Saturday, August 22, 2009

Tok dan Cerita Di Pasar Dungun


  1. Apa saja yg dijual time pose2 gini, semuanya nampak sedap dan menyelerakan.
  2. Nak membeli daging, kena beratur panjang..macam time raya jer.
  3. Budaya orang kita, time posa kena masak dan makan benda yg spesel2.
  4. Ada orang kata, time puasa kita boleh jimat..ambe rasa tidak..makin boros dan mengikut hawa nafsu ada arr..heheh.

Friday, August 21, 2009

Tok dan Sebuah Keinsafan


  1. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada..
  2. Di saat hidup mudah dan berjalan lancar, ada insan dihimpit derita..
  3. Dan sesungguhnya, peristiwa petang tadi benar2 menyentuh hati tua ambe..
  4. Ya Allah ya Tuhanku...luaskanlah hatiku ini dengan sifat belas kasihan, lorongkanlah ia kepada perkara2 mahmudah..amin..

Wednesday, August 19, 2009

Tok dan Kedatangan Ramadan 1430H


  1. Ramadan muncul lagi.
  2. Persoalannya..adakah amalan ambe lebih baik dr thn lepas?
  3. Berubahlah tok wehh..

Sunday, August 16, 2009

Tok dan Pengurusan Wang


  1. Pengurusan wang ambe hancur lebur..
  2. Apa saja yg terlintas di kepala, belasah terus.
  3. X teragak2 dah..
  4. Teruknya ambe..
  5. Xpe..lepas ni ambe akan ubah sikap..ya ker?

Wednesday, August 12, 2009

Tok dan Lagi2 Kuantan


  1. Lepak 3 ari di Grand Continental, Kuantan.
  2. Tempat ok cuma makanan x best.
  3. Walaupun dah tau Kuantan salah satu tempat kritikal H1N1, sempat lg cuci mata di Mega Mall.
  4. Terbeli novel terbaru hlovate, Ked's story, kompilasi ngan Noor Suraya dan Syud.
  5. Kenny Rogers? Xde hati pulak nak makan bila sorang2..mesti si Ashie & Munir gak yg temankan.

Monday, August 10, 2009

Tok dan Menu Berbuka Puasa


  1. Bestnya kalu buka pose dpt mkn ni..
  2. Geram betul kat munie dan ashie..huhu
  3. Takpe arr..ari Rabu ni buleh makang.

Sunday, August 9, 2009

Tok dan Jika Ini Takdirnya ( ? )


  1. Tok..terimalah ketentuan-Nya.
  2. Apa saja yang telah ditakdirkan, ada hikmah besar di sebaliknya.
  3. Sama ada suka / rela atau tidak..belajarlah menerima kenyataan, wahai tok!

Thursday, August 6, 2009

Tok dan Ada Apa Dengan Cinta ( 2002 )


  1. Teringat thn 2003, masa br pindah ke AMBS..
  2. Terkenang F100, rumah penuh ceria, gembira.
  3. Zaman astro belum beli, 24 hours pasang cd.
  4. Dengan tv buruk, semua channel xleh tengok, AADC jadi teman setia.
  5. Rindu lak kat Dian n Nicholas..

Monday, August 3, 2009

Tok dan Lonely? Depressed?


  1. Adakah indeks prestasi kerja ambe jatuh merudum?
  2. Capai itu tak kena, pegang ini salah...sudahnya kepala berdenyut2.
  3. Apakah idup ambe skrg spt lelaki tua di atas? Keseorangan? Tertekan?
  4. Rilek tok...rilek..tekanan ada di mana2.