Sunday, March 29, 2009

Tok dan Seorang Tua Di Kaki Gunung


  1. Korang pernah tengok / baca / tahu mengenai teks BM / sastera skoloh menengah yg bertajuk Seorang Tua Di Kaki Gunung karya Azizi Hj Abdullah? Aku rasa kalu ic / kad pengenalan kepala 7 di depan , memang pernah nampok arr novel ni. Kalu dok tau, kira lebong / bohong / pelawok arr tu..( ashie..jgn perasang muda deh..mung pung ic pale 7 ..heheh ).
  2. Untuk alaf baru ni, aku rasa tajuk tu perlu ditukor kpd Seorang Tua Di Kaki Pusat Syber..bakpenya? Sebab Jun Pyo dan Jan Di arr menyebabkan perkara ni berlaku..
  3. Walaupung 2 hari aku layang BOF tp macam x puas2 lagi..rasa nok tengok lg. AMBS dengan line GPRS memang slow arr..aku pulok spesies x sabor2..kalu nak sesuatu benda, lagi x dpt, selagi tu arr duk teringat2.
  4. Salah satu cara jer nk selesaikan problem aku iaitu gi cc arr saing / geng ngan budak2.
  5. Hingar - bingar dgn bau asap rokok sikit pun x menjejaskan konsenstrasi aku..masih maintain kesat air mata nengok Jan Di sedih.
  6. Bayangkanlah di celah2 budak hingusan, ada seorang tua berpakaian baju kelawor dan berjilbab labuh sedang layang ceta korea..aku kadang2 nak gelak pun ada tp buat selamba arr.
  7. Banyak betul jenis gila..sebab tu aku xleh minat sesuatu benda. Kalu suke jer..siap arr!

Saturday, March 28, 2009

Tok vs Geum Jan Di


  1. Aku xdok niat pung nak berlawan pedang ngan Jan Di, kalu lawan pung, memang aku angkat bendera putih arr.
  2. Tetapi bile Jan Di nyanyi sambil main piano masa kat parti hari jadi Jun Pyo, aku jadi sebak tetiba.
  3. Lirik lagu tu betul2 menyentuh hati tua aku, air mata pung buleh wat siram pokok, banyoknya tubik.

the moment you stood by my side

i love that look in your eye

yesterday i cried but today because of you

tomorrow i'll be happy

it's not..berhenti kejap, sebak dlm dada

it's not your face

it's not your style

all i needed was your soft loving

to forget all of my past

now i can't do anything without you..berhenti sekali lagi

i only know

i only know about love

nota: sedihnya jadi Geum Jan Di, amik Ji Hoo jerlah..abih creta..

Friday, March 27, 2009

Tok dan Kebengangan


selepas letih melayan BOF , dengan udara sepoi-sepoi bahasa, aku tertido

sedapnya landing petang2 gini

masuk satu panggilan, mamai2 aku angkat

"mung, ape kabo?''

"rane lening?"

"aku baik jer. rane apenya?"

"yerlah. rane lening. xdok mende2 ker?"

"aku? biasa jer. bakpenya?" bukannya aku patah kaki, atau lumpuh xleh berjalan

"doh mung xmboh kawin ker?"

nah..aku tau doh bakpe dia call aku

selain drp bertanya kabar juga bertanya ceta dlm kain aku

ni lah manusia..letihnya aku nak menjawab soalan2 stail ni!




lebih baik aku sambung tengok BOF..



Thursday, March 26, 2009

Tok dan Kebuntuan


rasa terbang melayang - layang

di ruang yang begitu sesak dan menyesakkan

tidak pasti memilih jalan

tidak yakin membuat keputusan..

apa saja yang terlepas, selain bukan menjadi rezeki, ia adalah sebuah kesilapan dan penyesalan.

Tuesday, March 17, 2009

Ungu, Andaiku Tahu

  1. Tengah syok melayan The Painter Of The Wind, tetiba dikejutkan dengan kematian akak di bawah ni, terus jer teringat pasal mati.
  2. Akak ni pung aku rasa dia x ready lg nak mati, al maklumlah ceta hok dia berlakon walaupun hanya xtra jer, tengah meletup2 skrg ni. Tentu byk perkara yg dia planned tp x kesampaian..
  3. Aku pung terfikir gak..tengah aku sedap melayan ceta painter ni, tiba2 terkejang..! Nauzubillah.

andaiku tahu

kapan tiba ajalku

ku akan memohon

Tuhan tolong panjangkan umurku

andaiku tahu

kapan tiba masaku

ku akan memohon

Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

aku takut

akan semua dosa2ku

aku takut

dosa yang terus membayangiku

andaiku tahu

malaikat-Mu kan menjemputku

izinkan aku

mengucap kata taubat pada-Mu

ampuni aku

dari segala dosa2ku

ampuni aku

menangisku bertaubat pada-Mu

aku manusia

yang takut neraka

namun aku juga

tak pantas di syurga

Sunny, The Trio Of BOF



  1. Aktress Jang Ja - Yeon ( geng jahat 3 orang dlm BOF ) telah dijumpai meninggal dunia pada hari Sabtu lepas oleh kakaknya , di rumahnya sendiri di Seoul.


  2. Adapun peninggalan beliau ke atas muka bumi ini bukanlah kerana kecelakaan jalan raya tetapi disebabkan penyakit, al maklumlah ramai geng2 beliau dari BOF terlibat dgn accident tetapi masih panjang umur.


  3. Sekian. Saya melaporkan untuk Berita Hiburan Korea.

Monday, March 16, 2009

The Painter Of The Wind



  1. Apabila Wai em mengiklankan ceta ni lam blog dia, aku pung sepanjang petang tadi, telah acu cuba try test tengok ceta ni..nak tau sesuai dok ngan selera aku.

  2. Setelah 3 episod ditonton dengan santainya, aku berpendapat bahawa ceta ni menarik dengan jalan ceta yg tersusun kemas dan tentulah akan diminati oleh mereka2 yg amat suke ceta stail zaman dinasti2 ni.

  3. Lebih teruja lagi melihat muke watak utama yg kiut miut itu..




pelakon2 ceta ni buleh arr berdiri sama tinggi, duduk sama rendah ngan pelakon2 BOF sbb muka deme2 ni muke cari makang belaka.


Sunday, March 15, 2009

Apa Cerita?



  1. Dah 3 hari bercuti tp masih melangut di AMBS.
  2. Semalam gi skoloh dan hari ni pung sama. Rasa lega semacam bile fail2 dah 85% lengkap.
  3. Ingatkan nak balik Dungun ptg ni tp x jadi. Apa kata bereskan kerja yg 15% lagi tu dan balik esok.
  4. Tentulah best kalau balik dengan HANYA satu tujuan - layan ceta Korea habis2an tanpa kepala berserabut ngan kerja. Huhuhu..bahagianya aku.

p/s : mlm tadi semasa berdiri di tepi gerai menunggu burger siap, aku terfikir satu perkara. Aku sedang bersendirian sekarang tetapi bukan bererti aku keseorangan..

Saturday, March 14, 2009

Selamat Pengantin Baru!




  1. Selamat Pengantin Baru kepada Pembantu Pengurusan Murid kami iaitu Farilah Che Sulong dan pasangannya, Suparman atas perkahwinannya hari ini, semoga berbahagia selamanya.


  2. Entri ini ditujukan khas untuk Cik Ilah sebab dengan baik hatinya mengizinkan aku menggunakan tandas pra, boleh dikatakan tiap2 hari.


  3. So, tengah hari ni, abis jer extra class, aku ngan Imah akan pi ke majlisnya dengan perasaan x sabar2 nk makan gulai kawah.

Wednesday, March 11, 2009

Cuti Lagi...






beberapa adegan dalam wedding



Bersempena ngan cuti pertengahan semester ni, beberapa agenda telah dikenalpasti..antaranya..

  1. Habiskan ceta BOF dan Wedding - walaupun hero2 wedding x se gah hero2 BOF, ceta ni aku rasa best kerana telah menyebabkan air mata aku tumpah..

  2. Tengok sekali lagi ceta Love Marriage.

  3. Update SMM - maklumat koko.

  4. Kemas fail panitia & ppsmi.

  5. Dan last sekali....

  6. Ganti pose.




Monday, March 9, 2009

Selamat Hari Maulidur Rasul!

  1. Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di mana saja anda berada - sama ada anda sedang menyusuri lorong di sebuah negara barat yang anti Islam atau sedang duduk di gobok buruk merenung nasib diri di sebuah negara Islam yang cukup tegar dengan kemiskinan atau sedang lari bertempiaran dihujani peluru kejam rejim Zionis di sebuah negara Islam yang kacau - bilau atau anda mungkin saja sedang dalam perjalanan ke sebuah shopping complex dengan hati yang cukup gembira di sebuah negara yang tidak berapa kaya sangat di Asia Tenggara..( maklumlah di negara tersebut, hari ni diberi cuti umum )..
  2. Hati yang cukup gembira di atas sepatutnya diselitkan dengan sedikit kesedaran bahawa saudara seagamanya sedang menderita dan teraniaya..
  3. Selitkan juga pada hati yang cukup gembira itu sekelumit keinsafan..bile lagi nak berubah menjadi umat yang taat kepada Allah dan Rasulnya, berbudi pekerti mulia kepada sesama makhluk di muka bumi ini..

p/s..hati yang cukup gembira ini sedang berbahagia kerana kawan lamanya, Laili Masturah ada di sisinya skrg..wahai hati yg cukup gembira...bila lg mung nak sedor diri?

Friday, March 6, 2009

Princess Hours

Nampak ensem & jelita lam pakaian istana..


xtau ni kat mana..agaknya masa press conference kot ( aku agak jer ) @pung preview drama

setelah penat bertangis - tangisan, bahagia akhirnya..


dressing eun hye lam ceta ni cantik2..




  1. Dvd paling mahal aku pernah beli - RM170 kat Mydin Dungun ( cekik darah betul )..


  2. Tengok ceta ni berulang2 kali & selalu forward sampaikan rosak cd..langsung xleh guna..( forward utk adegan lee shin & bingung mama jer ).


  3. Couple paling ngam..


  4. Suke tengok dia org berdua..harap di luar filem pung..bersama akhirnya.

Thursday, March 5, 2009

Kronologi Hari Pertabalan Sultan Trg ( Rabu )




  1. Belum pung 9.00 pagi, bertolak ke Kuantang. Hari yang cukup cerah. Alas perut ngan roti rega 60 sen & air vitagen ( Munir beli kt stesen minyak Petronas AMBS ). Sape drive? Org yg penakut nk keluor parking & selalu kena kutuk dek kengkawan sbb rela ikut belakang lori..


  2. Tak berhenti makan di Cheneh @ di mana2 pung sbb nak simpan perut utk Kenny Rogers..


  3. Jalan yg lengang sbb org Pahang kerja, org Trg jer yg cuti..heheh.


  4. Sampai di Mega Mall, terus ker Kenny Rogers..sayangnya ayam x masak lg. So, jenjalan kt Kedai Buku Popular.


  5. Munir yg gile membaca + ashie yg suke komik telah membeli beberapa novel omputih. Supaya x menghampakan tuan kedai, aku pung angkat satu..Koleksi Aku Budak Minang yg glamer sungguh zaman aku muda2 dulu..( majalah Gila - Gila ada lg tak? )


  6. Makan dgn lahapnya ayam panggang tu..seolah2 dah 10 tahun x jumpa.


  7. Lepas sendawa 2, 3 kali, ronda2 kedai kasut & beg. Apalagi..aku & Munir pung beli arr mana yg patut..pandang muka Ashie, nampak tahap keboringan yg tinggi..( eleh x minat beg, pahtu handset & purse sumbat lam beg aku ).


  8. Abis bahagian aku & Munir, giliran Ashie pulok..beli handset baru tu..rega pung buleh tahan..( telan air liur jerlh aku..)


  9. Ni kedai yg x pernah miss - kedai CD. Masa ni aku pulok yg menunggu..lama giler pilih CD. Nak beli 5 jer, pilih cam nak beli 100 keping.


  10. X puas ronda Mega Mall, gi East Coast Mall. Solat jamak takdim kt situ. Munir beli kamera Sony. Canggih tu. Masa ni aku x telan air liur sbb aku kurang minat bergambor..heheh


  11. Makan kali kedua ( makang lagi..) kt Johnny's. Kedarah steamboat. Aku makang telur rebus jer..yer ker?


  12. Sebelum balik, beli baju baby & sandal BATA ( ni jer taraf aku )..Ashie x pernah lupa akan sushinya..


  13. Dalam perjalanang balik, Ashie & Munir senyap jer..tido arr tu. Aku pulok boring drive sorang2..nak hilangkan ngantuk, aku melalak kuat2. Lagu denting nyanyian Melly aku rasa dah bertukor jd lagu dinding kot..


  14. Sampai umah, ada orang tu terus jer explore handset baru dia..


  15. Kesimpulannya, hari yg membahagiakan..bangun pg td, rasa malas nk gi skoloh. Jeles tengok Ashie tido..

p/s ; patutnya malam ni ada acara bakor ikang, sotong & udang..apa kan daya, ashie terpaksa balik..so, sotong, udang & ikang yg dah dibeli tu terpaksalah di celup tepungkan tengah hari esok..apa pung..selamat maju jaya ash..( aku sedih ni..ish..ish..ish ).



Wednesday, March 4, 2009

BOF vs My Girl

  1. Walaupun ceta BOF best, secara peribadinya ia x dpt menandingi My Girl kerana plot ceta My Girl lebih kemas dan menarik.
  2. Lagu? Dua2 drama ada lagu tp aku rasa lagu dlm My Girl lebih sodap di dongar.
  3. My Girl lari dari fenomena ceta korea yg slow..satu perubahan.
  4. Pakej My Girl lengkap - ada sedih, lucu, romantis, gila2, apa lagi?
  5. My Girl - dr satu scene ke scene yg lain, aku berdebar2 nk tengok, dlm kepala tertanya2 - apa lepas ni? bile dia org nk couple?
  6. Setiap inci ceta My Girl x menjemukan..seme watak kite seronok nak tengok hatta kisah makcik Gong Chan pun..
  7. Ni pendapat aku jer..aku sedang menunggu satu ceta yg lebih hebat dr My Girl, bile saatnya?


p/s : ari ni, bersempena ngan cuti pertabalan Sultan Trg, aku ada projek besar ngan ashie & munir...apa lagi..Kuantang arr..

Monday, March 2, 2009

Refleksi BOF / BBF

putih melepak tu..korang bayangkan kalu aku cun macam hye sun ni..

time dahi berkerut pung..ensem gok?


yang ni memang cute giler..muke cam sweet seventeen..


2nd hero..ok gak..caringnya lam ceta ni..

  1. setelah berhempas pulas menonton sepanjang mlm + bengkak2 mata, beberapa perkara telah dikenal pasti..
  2. aku memang xleh tengok ceta korea ni sbb aku akan jd x normal..terpengaruh ngan ceta, kalu heroin kuor air mata 1 sudu, aku kurang2 1 gelas.
  3. mulalah otak menerawang entah kemana2..ternampak hero/heroin di mana2..dlm umah..dlm kelas..hatta tengah memandu!
  4. rasa sayu semacam jer ( bile babak sedih arr )..
  5. apa pun..ceta ni memang best..