Monday, December 29, 2008

Penangan Ceta Korea

Betapa kejamnya drama korea sbb blh menghancurkan persahabatan..aku sanggup tinggalkn dude & munir blk Dungun krn dh x tahan sgt nk tgk ceta Love Marriage..( rane2 pung mung tau aku tetap sayang ker mung..hehe )..
Hangin aku sejok 2 ari lepas sbb xleh tgk sambungan ceta ni sampaikan aku sanggup call Celcom Careline & sanggup amik pakej RM98..sbb ceta korea tu..tp beginilah lebih kurang jawapang Pegawai Khidmat Pelanggang yer..
"Celcom Careline di sini, boleh saya bantu?"
"Kak ni ada mslh..line internet kt kawasn kak slow arr. "
"Blh saya tau saya bcakap ngan sape?"
"zulina"
"Kak duk pedalaman ni..guna line gprs jer.."
"skrg ni pakai hok basic RM68..kalu kak tukor pakej RM98..
laju dok speed yer? "aku ngan sore ala2 merayu..
"X berbaloi kak tuko pakej sbb bile line gprs..speed tetap slow"
"Jd..kak xleh arr tgk ceta korea..?" Aku ngan sore sedih + bengang..
Pegawai tu ngan gelak besornya menjawab.."nampoknya gitu arr kak..!"
Huhuhu...nampoknya xdok cara lain..demi nk menjaga ati sendiri, aku sanggup blk ptg kemarin ( org sibuk nk baca doa awal & akhir thn , aku sibuk ngan DUNIA )..sampai jer umah terus online..sedor x sedor kul 3 pg..time tu blkg rasa sakit ( sbb meniarap lama ) & siku rasa sengal (sbb tongkat atas bantal )..ada 4 episod lg aku dok abis tgk tp aku rasa lega n puas..( br 9 jam nonton )..ending ceta ni sure arr happy, kalu x mau terbakor panggung..
aku update jam 10.20 a.m, 29 disember tp jam blogger ni 5.50 pm, 28 disember..
Begitulh ceta korea..yg ni last aku tgk..pah ni xmboh tgk doh..hehe.

Saturday, December 27, 2008

Apakan Daya..Ish..ih..ish..


Aduyaaii ... hajat x sampai..

Rancangan aku nk sambung tgk drama korea Love Marriage x kesampaian kerana line celcom di pedalaman AMBS ini hanyalah GPRS, line yg x akan menolong aku melaksanakan impian aku..

Apalah nasib..malangnya aku! Agaknya Allah nk mengurangkan kegilaan aku pd DUNIAWI terutamanya ceta korea memandangkan usia aku yg hampir menjadi warga emas ini ( apasal x sedar2 diri lg niii)

Sebenornya ceta ni dh ditayangkn kt ch303 dgn tajuk Matchmaker's Lovers tp masa tu aku miss byk episod..tu arr skrg ni nk tgk smula online tp..

Ingatkn dh ada beruk band boleh arr melangut lama2 depan skrin..ish..ish huhu wargh..wargh ( buruknya org tua meraung )..

Moral drp kejadian ini...X SEME IMPIAN JD KENYATAAN..YG MANIS X SEMESTINYA GULA..( apa kena mengenanya gula ngan ceta aku ni )..

Wednesday, December 24, 2008

Novel Peberet


Ni arr novel yg aku cukup x puas ati endingnya..tengah syok2 baca & layan perasaan, tetiba jer si Serena ( perempuan omputih - heroin) hilang , maybe jatuh gaung..


Aku pun x sure nape aku suke sgt ceta ni. Mungkin sbb sudut penceritaan dia....daripada kisah moyang yg terlontar jauh ke dunia barat ( terperangkap di pelabuhan masa zaman penjajahan Belanda ) hinggalah kpd piut dia yg nama Azahari ( lelaki Melayu terakhir hehe ) membuatkan aku spt berada pd zaman itu..( tu yg terbuai2 perasaan tu )..


Azahari tu pulak seorang yg berpandangan jauh, nk cari salsilah moyang dia yg pernah kawin ngan omputih, pahtu tenang dan hensem orgnya..(patut arr Serena jatuh ati ).


Kisah moyang Azahari tu macam real dan logik mengikut tarikh2 lam ceta tu..Tabik arr kpd penulisnya kerana mengkaji sejarah Tanah Melayu sebelum menghasilkan novel ni..


Dan aku pulak tertanya2 siapa yg layak memegang watak Azahari kalu novel ni dijadikan filem? Zamarul Hisham? Rosyam Nor? Zek Zaidi? Farid Kamil? Zul Huzaimy? Aqasha?Fahrin? ( sure dude bengang ni )...

Tuesday, December 23, 2008

Pembelajaran Hari Ini

Ada satu filem lama lakonan Tom Cruise yg aku kira xdok stok doh kt kedai VCD tp aku naak sgt tgk smula ceta tu.

Salah satu cara untuk merealisasikan hasrat aku tu ialah dengan mengdownloadnya dan antara website yg begitu familiar dgn kerja2 pirate ni ialah torrent, megaupload dan rapidshare.

Namun begitu, ada satu lg link yg boleh mengdload secara terus filem @ tv series kegemaran kita iaitu adrive links ( aku terjumpa lam satu website ).

Dan mlm td aku pn cuba try test jd ker dok adrive links ni...nampaknya aku berjaya ( kalu dok berjaya, maknanya aku dok pandai , bukan saloh adrive links ).

Adrive links ni sgt sesuai utk dload tv series yg mempunyai fail storage yg besar, contohnya prison break ( munir wehi sgt ceta ni sbb hero yer hensem ) @ desperate housewives ( sarah ngan gee suke ceta hok ada gossip2 ni )@ heroes ( dude arr minat, sape lg )..

Cuma aku rasa 1 jer kelemahan dload ni iaitu laptop & broadband akan jd panah ketik sbb proses dloadnya agak lama..

Cara2:


  1. Masuk Goggle.

  2. Taip : Prison Break Adrive Links.

Hibiscus - Bunga Kebangsaan Kita





Aku memang minat ngan bunga raya..pantang terjumpa di mana saja, mula arr nok repih ranting yer..( pernah curi depan kedai pjg ).. Sebenornya aku berharap satu masa nanti cita2 aku nk jd pengumpul spesis bunga raya akan termakbul..mungkin kot ada kebun @ nursery yg hanya jual pokok bunga raya saje..
Tu lahh..bile dude ajok p Cameron, aku teruja sgt.. bukan berangan nok tgk kebun teh..( ape ker jadahnya TEH )..bestnya kalu dpt tgk kebun bunga raya..

Dan bila aku search jer..nah! ambik ko! bermacam2 spesis dr seluruh dunia..rupanya bunga raya lebih sesuai kt negara 4 musim..aku ingat khatulistiwa jer yer idup.

Hadiah untuk korang sempena Tahun Baru 2009


Untuk ct ros..pengalaman idup sebilik selama 2 tahun & saling berdengkur hehe..rasanya kita cukup kenal perangai masing2..moga 2009 lebih ceria..maklumlah jinnah xyah turun ambs lg..jimatlah duit tambang bas..


untuk N..aku rase SKII patut lantik mung jd DUTA sbb mung perabih sen banyok sgt..kaya ar SKII..moga 2009 akan mengurangkan minat mung terhadap ceta korea..hehe.. ( pesanan daripada Surau Ust Omar )




Untuk laili..aku mintok maaf kalau selama ini aku tidak menjadi sahabat sejati..semoga 2009 tidak akan mencalarkan hatimu! bersabarlah menghadapi segala dugaan..




Untuk mek mah..moga 2009 akan menambah org baru dlm idup deme berdua..insyaAllah.. Tempatkan deme berdua di kalangan anak2 yg soleh kerana diberi peluang berbakti kpd ibu..amin


Untuk Sarah di Sungai Petani..balik kampung & duk umah sendiri tentu hidup lebih bermakna..mak..nak adik!( suara hati fahim )


Untuk Bujee di SK Batu 48..dpt pindah skoloh ( tentu jeles org lain sbb mung dpt tukor ke dungun ) & akan duduk umah baru..semoga idup makin bahagia..


Untuk dude yg suka ngat ngan espresso...ambe harap mung dpt transfer ke PKG Durian Burung. Tercapailah cita2 seiring minat mendalam dlm teknologi terutamanya ict..pah ni tlg aku make up blog ni deh..hehe


Ni utk Munir..ambe harap 2009 akan memberi sinar dlm kehidupanmu..mana tau kan..bertemu..?


nama2 korang tidak mengikut ranking sbb bg ambe...semuanya ada kelebihan masing2..xde yg lebih dan xde yg kurang..semuanya istimewa dlm sanubari saya!
























Sunday, December 21, 2008

Sudut Tazkirah

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-* Bertaubat* Menyesali dosa yang telah dilakukan* Tidak tergila-gilakan dunia* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )* Tinggalkan sifat berbangga* Tinggalkan sifat khianat dan menipu* Meninggalkan sifat dengki."Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":1. aku sedang berhadapan dengan Allah,2. Syurga di sebelah kananku,3. Neraka di sebelah kiriku,4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan,InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Princess Hours

Ini arr ceta yg ambe suke bebenor sampaikn dvd rega RM160 pn sanggup beli. Lebih puas ati lagik, dvd tu calar balar disebabkn oleh forward sokmo..

Assalamualaikum

Kepada saing2 rodong yang membaca blog ambe ini..

  1. ambe ingin berubah menjadi LEBIH BAIK
  2. ambe ingin menjadi LEBIH RAJIN..hehe
  3. ambe ingin ....?