Sunday, May 31, 2009

Tok dan Filem Heart


  1. Suke betul aku pd filem ni..
  2. Pertamanya kerana soundtrack filem ni yg best..
  3. Keduanya, pemandangan dlm ceta ni cukup menarik..berkabus, di lereng bukit, sejuk semacam jer..kalau kat tempat kita, di mana ekk? Cameron Highlands? Tanah Tinggi Kundasang? Bukit Fraser?
  4. Jalan ceta best..kisah persahabatan menjadi cinta..
  5. Atau adakah kerana adik angkat Ashie, si Irwansyah ni yg aku suke, maka aku jd suke kat ceta ni? wallahualam.

cam menyibuk jer si Acha dlm ceta ni :p


Saturday, May 30, 2009

Tok dan Satu Kehilangan


  1. Apa saja yg bermula, pasti akan berakhir..
  2. Dan pada pagi Rabu yg lepas ( 27 Mei 2009 ), nenek kesayanganku iaitu Tok Siah telah menemui pencipta-Nya setelah 7 tahun terlantar sakit..
  3. Sesungguhnya Tok Siah...kematianmu bukan penamat segala cerita tetapi bermulanya satu kehidupan yg kekal abadi....satu tempat yg memperhitungkan segala amal perbuatan.
  4. Sakit di dunia masih ada anak dan cucu di sisi tetapi keseorangan di alam kubur, alangkah sedih dan menderitanya..
  5. Semoga rohmu dicucuri rahmat..amin.

Tuesday, May 26, 2009

Tok dan Andai Itu Takdirnya


  1. Geram betul aku kat Hana..dia bagi pinjam novel ni, katanya paling laris..karya Siti Rosmizah ( Media Prima ).
  2. Betapa larisnya sehinggakan utk thn 2008, sudah ada 6 cetakan.
  3. Dan memang betullah novel ni best..aku sampai bengkak2 mata menangis..huhuhu.
  4. Mcm x puas hati jer..kot2 lah aku sorang jer yg minat kisah ni, bukak internet..fuyoo, setiap blog / website penulisan penuh ngan komen memuji ceta ni..aku arr rupanya yg ketinggalan zaman..heheh.
  5. Novel seterusnya yg bersaing ngan novel ni ialah selagi ada dia ( aisya sofea ) dan karya anis ayuni ( aku lupa tajuk )..

Saturday, May 23, 2009

Tok dan Awal Ashaari


  1. Ambe bukang nk ceta pasal filem Syurga Cinta tu..bukang..bukang..ambe cuma nok kabo yg ambe rasa nok tergelak tengok ekspressi muka si Awal yg manis2 tu terpaksa kawin ngan adik ipar dlm embun mutiara..
  2. Kiranya adegan kawin paksa tu berjaya menghiburkan hati ambe yg dah 3 ari demam ni + duk sorang2 kat AMBS.
  3. Pah tu, layang pulok ceta lu'lu..kira lawok gok sbb ambe buleh ketawa ngan kuatnya, ambe rasa farid kamil ngan norliyana shamsudin tu memang gandingan mantap arr..
  4. Kalau si budak hurul buleh layang gok ceta lu'lu, kira not bad arr ceta tu ..
  5. Kiranya mlm ni ambe x boring arr walaupun xdpt menonton filem syurga cinta cam kawan kita tu @pung kawan yg sorang lg tengah bahagia melepak kt umah adik dia si chem..heheh.

Wednesday, May 20, 2009

Tok dan Mencari Azizah



  1. Ari tu masa lepak kat Pustaka AMBS, terjumpalah novel yg dicari2.
  2. Memang air tangan Khadijah Hashim tak pernah mengecewakan, penuh motivasi dan semangat.
  3. Jalan ceritanya berpijak di bumi nyata, bukan membuai2 perasaan pembaca dengan fantasi yg x logik.
  4. Bagusnya menjadi Azizah..bangun dari keruntuhan dan kesilapan.

Monday, May 18, 2009

Tok dan Rantau Abang 2





  1. Lepak sekali lagi di Rantau Abang. Jadi urusetia kem ngan Munir.
  2. Melihat matahari terbenam dan matahari naik..betapa syahdunya.
  3. Malam ini ada BBQ..gembira sbb Bugee, Imah dan Hana join sekali.
  4. Sesekali terfikir..kalu 20 tahun lepas, Rantau Abang penuh sesak ngan mat saleh melihat penyu bertelur, sekarang ini..kemana menghilangnya si penyu?

Saturday, May 16, 2009

Tok dan Novel


  1. Semenjak dua menjak ni selain drp gile korea...penyakit lama aku berulang lagi iaitu gile novel.
  2. Bile telah menjadi gile..maka di setiap persinggahan yg ada bookstore..akan dicapai ler novel barang sebuah dua..
  3. Tetapi x seme novel aku baca atau beli..pengarang2 yg aku yakin dan suke dgn gaya penulisannya shj aku pilih spt Norzailina Nordin, Abu Talib Hassan, Noor Suraya, Sri Diah, Khadijah Hashim, Hasanudin Md Isa dan ramai lagi.
  4. Aku masih mencari novel Khadijah Hashim yg bertajuk Mencari Azizah ( DBP )..susahnya nk dpt novel ni.
  5. Dan sepanjang ari ni..aku nak melepak kt Pustaka AMBS..saing ngan budak2 skolah.
  6. Akhirnya..ucapan Selamat Hari Guru kepada mereka yg telah menjadikan aku MANUSIA!




novel terbaru Norzailina..

credit pic kpd : norzailina & abg long.


Friday, May 15, 2009

Tok dan Man vs Wild

nampak perkasa jer..


dilanda ribut pasir..
  1. Selain drp Warung Kita, Man vs Wild ni pung salah satu peberet ambe. Selalu ada kat Discovery Channel 551, setiap Isnin jam 10 mlm..tetapi semenjak dua menjak duk asyik layan Mr Goodbye & A Love To Kill, jadi terlupa lak pada program special ni.
  2. Kisah mengenai Bear Grylls, seorang pengembara dari Unit Khas Tentera British yg memang pakar dlm bab2 survival ni..
  3. Beliau dicampak di tempat2 yg manusia sukar nak hidup spt padang tandus Sahara, merentasi air batu di Lautan Atlantik Utara, mendaki Gunung Everest, Hutan Hujan Sumatera yg dilanda badai Tsunami dan tempat2 lain lagi yg org ngeri nak pergi.
  4. Dan sepanjang pengembaraan itu, banyaklah benda atau perkara yg dikorbankan, cthnya minum air kencing sendiri, perah taik unta utk dptkan air, lapah bangkai unta juga utk amik air, mkn serangga, mkn haiwan mentah2, mkn bangkai dll.
  5. Ada juga pengajaran dr program ni - dia tunjukkan cara tangkap ikan guna baju, buat pondok atas pokok, cara jerat haiwan, turun gunung, tangkap ikan atas ais dan mcm2 lagilah.
  6. Ada gak dia beritahu lama mana manusia boleh dehidrat, tubuh hilang air dan berapa lama manusia boleh idup tanpa air dan makanan. Dia selalu mkn serangga sbb serangga byk protein.
  7. Rugi betul sape2 yg x tengok rancangan ni..


Wednesday, May 13, 2009

Tok dan Warung Kita

asam pedas daun kesum? kegemaran ashie ni..


lauk penuh meja..air nyior? bestnya.


daging bakar masak lemak cili api? sodapnya.



awat farouk x gemuk2 ekk?
  1. Antara rancangan yg aku suke tengok di Astro Prima kerana selain drp kecur air liur tengok makanannya, terhibur sungguh ngan aksi santai Farouk dan Azrul.
  2. Kalu dulu biasanya tunjukkan lokasi tempat makan high class dan tak berapa sesuai ngan aku yg dari kelas bawahan ni..Warung Kita menunjukkan penampilan yg berbeza dgn tempat mkn yg boleh dinikmati oleh semua golongan.
  3. Agaknya visi program ni ialah sedap tp murah...

*credit kpd budiey.com





Sunday, May 10, 2009

Tok dan Love Comes Softly ( 2003 )


  1. Belum kul 9 a.m dah tercongok depan umah AMBS, sempat lak melayan filem yg selalu jer diulang tayang kt Hallmark Channel 702.
  2. Sebuah filem yg x pernah jemu ditonton tetapi selalunya dilayan di tengah2 ceta, mula arr x tau starting dia guane.
  3. Dan pagi td, impian menjadi kenyataan, br aku tau camne mulanya si Marti ni kawin ngan Clark yg ada anak nama Missie.
  4. Yerlah..sesuai ngan tajuk, mula2 memang terpaksa..lama2 suke arr..ahaks.

Saturday, May 9, 2009

Tok dan Rantau Abang 1


  1. Tinggal 3 episode lg nak abiskan Mr Goodbye, lamanya menghadap laptop ni..kalulah dia boleh cakap, maunya dia menyumpah aku..aku letih mata..laptop ni letih body.
  2. Petang ni lak ada kem UPSR kat Awang's Beach Resort sehingga tengah hari Isnin untuk Fasa 1..mlm ni as usual ada BBQ.
  3. Tp BBQ tanpa kawang2 sehati sejiwa, alangkah bosannya.
  4. Ingatkan nk lepak2 dan mkn tepi pantai tp rupanya...tiada mood.
  5. Aku agak dah...mood aku dipengaruhi Mr Goodbye..selagi x goodbye pd ceta korea, ginilah aku..

nota kaki : Sarah.. rindu x pd ketupat sotong Awang's? Bugee..di manakah dikau? Ash..bakpe mung x jd mari? Imah..Munir..Hana..Shela? Setahun lepas, kite lepak ramai2 sambil mainkan permainan sambung perkataan BI..tahun ni? sunyi sepi..

Thursday, May 7, 2009

Tok dan Lagi-lagi Mr Goodbye ( Khas Untuk Munir aka Jazli )

hero yg menyebabkan Munir jatuh hati..aku pung sama..macam seorang bapa
yg melindungi anaknya, matang, tenang dan begitu memahami..

heroin yg begitu selamba dan berterus-terang....


2nd hero..ok gak ambe tengok..cuma x bersifat kebapaan jer...sesuai dah ngan heroin.

kesian budak Yun ni..dlm episode 8, anak ayam dia mati. Munir..kita bagilah hero
kat mak budak ni ekk? yerlah kan..Yun perlukan bapak..
mak dia pun boleh menumpang kasih..

best kan tengok diaorang berdua..gandingan mantap..cinta x kesampaian ni..dah namanya goodbye..sad ending.





nota kaki :

  1. Lagi satu..lupa nak letak gambo garu belakang..sangat menyentuh perasaan ambe..
  2. Cuti 3 hari..layan ceta ni abis-abisan.
  3. Munir..kasamhmida..utk puding mangga yg sedap..ingatkan Sarrah xdok, x dpt merasa doh puding2 ni.

Tuesday, May 5, 2009

Tok dan Hasrat Menggebu - gebu

  1. Geng..ambe wase nok beli jam bergantung gini, nampok cute jer..rasa cam muda.
  2. Rege dia ok arr - dlm RM400. Sila ke link..mcm2 barang ada.
  3. Ikhlas kabo..memang berkenan sunggoh.




Monday, May 4, 2009

Tok dan Cherating

  1. Lama dah rasanya x gi Cherating dan bile ari ni kena gi kursus emis data selama 3 ari 2 mlm, perasaan gembira spt bulan jatuh ke riba..
  2. Sblm gi, aku nak pinjam dulu novel kt Pustaka AMBS utk bekalan aku di sana..
  3. Rilek2 sambil baca novel & surf internet, ok gak kan.?
  4. Port lepak aku ialah di Sanctuary Beach Resort, survey dulu keadaan dia mcm mana, kalu ok, boleh arr ajak ashie & munir dtg lain kali.


Friday, May 1, 2009

Tok dan Mr. Goodbye ( 2006 )

  1. Lepas mabuk ngan A Love To Kill, muntah pulok ngan Mr. Goodbye.
  2. Ceta yg menggantikan drama lakonan Rain ini begitu menambat hati..bukan saja hati ambe tp juga hati Munir..( kalu Munir suka, memang ceta tu best arr )..
  3. Jalan cetanya cukup menarik walaupun heronya tidaklah semuda dan sesegak Jun Pyo.. ( Munir kata kalu hero tu senyum, nampak hensem )..
  4. Maka, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10.10 mlm, terpacaklah ambe depan ch 303 ni..