Saturday, February 21, 2009

Beberapa Fakta Tentang Aku

  1. Pernah dipanggil Cik Lin masa kerja kilang dulu ( korang jgn terkejut ekk..)
  2. Muka jenis masam/garang ala2 samseng Kg Dusun tp hati..aku rasa baik kot..heheh.
  3. Keturunan darah gemuruh..x pernah bercakap kt perhimpunan @ mana2 majlis secara formal. Bulan Ogos ni giliran aku bercakap. Tak tau sape yg akan jadi mangsa aku..
  4. Suke sgt ngan western food. Tomyam kurang suke sbb ada kenangan sedih.
  5. Payah utk terasa hati. Xtau arr kalu korang selalu kecik hati ngan aku.
  6. X berapa rajin nak menyapu / lipat kain. Hanya suke basuh tandas / bilik air. Sidai kain suke gok.
  7. Banyak jenis gile. Time gile bunga, abis duit beli pasu, anak pokok & tanah. Lepas tu senyap. Gile mende lain pulok.
  8. X berkira langsung kalu bab makan. Mahal pun xpe, janji sedap. Tapi time nak beli blender yg harga cuma RM100, fikir 10 kali.
  9. Selalu takut time masuk / keluar parking. Terhegeh - hegeh macam baru dpt lesen. Patut arr puok2 ni nganjing sokmo.
  10. Sokmo kena kutuk ngan puok2 ni. Benda2 lawok mesti ada kena mengena ngan aku. Aku x kisah pun. "Cuba mung bayang...muka aku cam Siti, aku dok kawang doh ngan mung. Setakat mung ni..tolak tepi arr "( inilah ayat2 glamer yg aku selalu guna ).
  11. Setakat ni fakta tentang aku. Korang buleh tambah sbb korang lebih kenal aku kan..?

p/s : thanks dude sbb call & tanya " baik dok agi demang?" terharu sgt.

1 comment: