Monday, March 9, 2009

Selamat Hari Maulidur Rasul!

  1. Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di mana saja anda berada - sama ada anda sedang menyusuri lorong di sebuah negara barat yang anti Islam atau sedang duduk di gobok buruk merenung nasib diri di sebuah negara Islam yang cukup tegar dengan kemiskinan atau sedang lari bertempiaran dihujani peluru kejam rejim Zionis di sebuah negara Islam yang kacau - bilau atau anda mungkin saja sedang dalam perjalanan ke sebuah shopping complex dengan hati yang cukup gembira di sebuah negara yang tidak berapa kaya sangat di Asia Tenggara..( maklumlah di negara tersebut, hari ni diberi cuti umum )..
  2. Hati yang cukup gembira di atas sepatutnya diselitkan dengan sedikit kesedaran bahawa saudara seagamanya sedang menderita dan teraniaya..
  3. Selitkan juga pada hati yang cukup gembira itu sekelumit keinsafan..bile lagi nak berubah menjadi umat yang taat kepada Allah dan Rasulnya, berbudi pekerti mulia kepada sesama makhluk di muka bumi ini..

p/s..hati yang cukup gembira ini sedang berbahagia kerana kawan lamanya, Laili Masturah ada di sisinya skrg..wahai hati yg cukup gembira...bila lg mung nak sedor diri?

No comments: