Friday, January 30, 2009

Salah Soalan Ker?

Aku nk reply tulisan Sarrah..
Sebenornya, x slh pn soalan tu. Sbb kite negara yg bebas berkecuali, kite blh saje bertanya @ memberi pendapat asalkan x menganggu keselamatan negara..kalu x, kena masuk ISA.
Aku acap kali ditanya dgn soalan begini. Masa kenduri kahwin sepupu br2 ni..tiga ari telinga aku disumbat dgn mcm2 soksek..soksek..psst..psst. Di mana sahaja, di bowoh khemah tmpat org memasak, di dapur, tempat koyok bawang..jenuh aku ditanya mcm2. Asal aku lalu d situ, adalah suara2 itu..anok mek long ker tu? Hok tu ahh dok nikoh agi dok? Hoo..hok tu arh..Ada yg berani, terus cakap..bakpe dok nikoh? Xmboh ikut sunnoh nabi ker? Nak idup sorang sapa ke tua? Dan semua soalan2 tu hanya dibalas sengihan..heheh.
Betapa peliknya aku..aku x rasa sensitif @ rasa nk marah atas segala nista org & sikit pn x tercuit rasa cemburu bile tgk org bahagia..AKU SUDOH HILANG PERASAAN ITU..
Ada satu masa yg aku ada perasaan nk idup berkeluarga iaitu semasa d bandar J, bile aku jumpa seseorg yg aku rasa senang sgt tp xde jodoh..
Dan bile aku tinggalkan bandar J, perasaan aku rasa kosong, hati aku jd tawaq hebiaq lembiaq ( tawar ape ni Sarrah? )..aku jd mcm x berperasaan..
Slpas itu, perasaan makin kosong bile ayoh, lepas tu mak meninggal. Tp kekosongan ble mak ayoh xdok ialah kekosongan yg x dpt diterjemah dgn kata2..lg dahsyat dr kekosongan yg pertama.
Dan sehingga hari ini, Jumaat..30 Januari 2009, biarlh aku idup begini..sunyi? Xlah..

No comments: